Dua anggota polis dikenakan waran tangkap

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay
A
A
A

JOHOR BAHRU - Waran tangkap dikeluarkan terhadap dua anggota polis yang gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini bagi pertuduhan membabitkan kes ahli jenayah Geng Otong.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay berkata, waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Sesyen Kota Tinggi.

"Dalam Op Pintas Selatan dan Benteng yang dijalankan polis sebelum ini, seramai 19 anggota penguat kuasa telah ditangkap pada antara 12 hingga 19 Jun lalu.

"Setelah kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, lapan termasuk dua anggota tentera dituduh ke mahkamah manakala tujuh lagi untuk tindakan jabatan dan empat masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ayob Khan menasihatkan semua anggota penguat kuasa tidak mengira jabatan mahupun agensi supaya tidak terlibat dan bersekongkol bagi membantu atau menjadi ahli kepada kumpulan jenayah terancang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mejar antara enam didakwa bantu jenayah terancang

Terdahulu, seorang mejar tentera antara enam anggota penguat kuasa yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas tuduhan membantu ahli jenayah terancang Geng Otong.

Artikel Berkaitan: