Rayuan MyPPP, Muhyiddin serah kepada RoS

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung rayuan Tan Sri M Kayveas mengenai pembatalan MyPPP.

Katanya, segala pertimbangan dan keputusan akan dibuat RoS tanpa penglibatannya.

"Di peringkat saya, saya tak terlibat. Kalau ada rayuan dibuat itu keputusan mereka," katanya dalam sidang media selepas Majis Pelancaran Buku 9 Mei 2018 Catatan Dari Garis Depan karya Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini.

Kayveas hari ini menyatakan, beliau telah mengemukakan rayuan kepada Muhyiddin melalui RoS pada 15 Januari lalu, iaitu sehari selepas pembatalan pendaftaran MyPPP.

Notis perintah pembatalan MyPPP dikeluarkan Ketua Pengarah RoS, Masyati Abang Ibrahim berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] Perintah Pembatalan [Seksyen 13(1)(c)(ix)] dan keputusan membatalkan pendaftaran MyPPP dibuat berikutan rayuan dikemukakan parti itu tidak menunjukkan sebab yang cukup di sebaliknya.

Notis perintah itu diberikan kepada Kayveas, Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz, Jabatan Insolvensi Malaysia, Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Artikel Berkaitan: