X

Kindly register in order to view this article
!

Didenda RM16,000 hantar komunimasi jelik terhadap Agong

A
A

KUALA LUMPUR- Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing didenda RM16,000 bagi empat pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di laman sosial Twitter, Mac lalu.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sufazrin Amin Ismail, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah.

Tertuduh juga boleh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Bagi setiap pertuduhan, Hakim M. M Edwin menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara dua bulan jika tertuduh gagal membayar denda itu tetapi OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Sufazrin Amin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menganiayai orang lain, melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil 'Fazrin Ismail' atau '@Fazr_Ismail'.

Dia dituduh membuat empat hantaran dengan penyataan yang berbeza terhadap Yang di-Pertuan Agong antara pukul 1.56 tengah hari dan 10.29 malam, pada 23 Mac dan 25 Mac lalu.

Kesemua pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 7 malam, 28 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Tertuduh juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Pada 6 Ogos lalu, OKS mengaku bersalah atas semua pertuduhan itu dan hari ini ditetapkan untuk mahkamah menjatuhkan hukuman.

Pada tarikh terbabit, Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin memohon hukuman bagi memberi pengajaran mengambil kira hantaran OKS itu berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Sufazrin Amin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan keluarganya miskin.

Mengikut tertuduh lagi, ibunya juga hanya bekerja sebagai penoreh getah dan dia juga telah dia insaf serta memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana hantarannya itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!