Henderson tidak sabar saingi De Gea

Henderson
Henderson
A
A
A

PENJAGA gol Manchester United, Dean Henderson melaungkan amaran akan memberi saingan sengit kepada David de Gea untuk jersi nombor satu kelab selepas menyambung khidmat selama enam tahun lagi bersama The Red Devils.

Menurut pemain berusia 23 tahun itu: "Situasi semasa bahagian penjaga gol Manchester United berada pada prestasi terbaik kerana mempunyai tiga penjaga gol yang cukup berpengalaman berdasarkan pencapaian masing-masing dalam setiap perlawanan.

“Secara jujur saya tidak sabar dan teruja untuk memberikan saingan dan bekerjasama di Old Trafford pada musim depan apatah lagi dengan kepercayaan diberikan pengurus dan pengurusan kelab dengan kontrak baharu ini.

“Saya akan memberikan segalanya dalam usaha meningkatkan prestasi supaya dapat bermain sebanyak mungkin dalam kesebelasan utama kelab hebat ini. Saya juga tidak sabar untuk menyertai skuad England kemudian bersiap untuk musim depan bersama Manchester United,” katanya.

Kontrak baharu itu bakal menyaksikan Henderson menerima sehingga 120,000 pound seminggu sekali gus menjadikannya antara penjaga gol dunia yang mendapat bayaran lumayan.

Lanjutan kontrak itu juga dijangka menyaksikan Henderson tidak akan dipinjamkan lagi ke kelab luar seperti ketika bersama Sheffield United sebelum ini walaupun dikhabarkan terdapat tujuh kelab EPL mengintai khidmatnya.

Henderson sebelum ini dipinjamkan ke Bramall Lane selama dua musim bersama The Blade kendalian Chris Wilder, berjaya membantu kelab Liga Kejuaraan itu dinaikan ke saingan liga utama pada 2019 dengan prestasinya mula mendapat perhatian musim lalu.

Sementara itu, pengendali The Red Devils, Ole Gunnar Solksjaer berkata: “Kami gembira kerana Henderson menandatangani kontrak baharunya. Dia menjalani musim yang hebat di Sheffield United, apabila memperoleh banyak pengalaman dan membentuk kematangan sebagai pemain dan juga individu.

Artikel Berkaitan:

“Henderson adalah penjaga muda yang hebat dengan bersikap positif dalam meningkat prestasi setiap hari. Kami berada dalam posisi yang kuat dalam bahagian penjaga gol dan itu memberi kami persaingan untuk tempat yang kami cari dalam skuad.”