X

Kindly register in order to view this article
!

Taufan Bavi sebabkan kerosakan, gangguan elektrik di Korea Selatan

Ribut tropika itu membadai semenanjung Korea pada Rabu sebelum bergerak ke Korea Utara. -Foto AFP
A
A

SEOUL - Kerosakan dilaporkan berlaku di wilayah selatan Korea Selatan pada Khamis apabila Taufan Bavi melanda rantau itu menyebabkan gangguan elektrik dan kerosakan kemudahan. Namun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Ribut tropika itu membadai semenanjung Korea pada Rabu sebelum bergerak ke Korea Utara, lapor agensi berita Yonhap.

Dengan kekuatan angin 45 kilometer sejam taufan itu melanda barat daya Pyongyang kira-kira 7 pagi, menurut agensi cuaca.

menurut ibu pejabat Pusat Keselamatan dan Pengendalian Bencana, sebahagian besar kerosakan dilaporkan berlaku di kawasan selatan pesisir dan lebih 100 kemudahan musnah dan 29 penduduk di Gokseong, wilayah selatan Jeolla, dipindahkan.

Gangguan elektrik dilaporkan berlaku di lebih 1,600 rumah di wilayah selatan, termasuk Jeju dan wilayah selatan Chungcheong Selatan. Sementara itu, hampir dua juta ikan di kolam peliharaan di bandar pesisir Taean, selatan Chungcheong turut mati.

Perkhidmatan penerbangan, feri dan kereta api di seluruh negara ditangguhkan.

Semalam, 438 penerbangan di 11 lapangan terbang dibatalkan manakala landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ditutup dari 2 hingga 7 pagi pada Khamis.

Perkhidmatan 160 feri yang beroperasi di 99 laluan juga ditangguhkan manakala kereta api yang menghubungkan wilayah selatan negara itu juga dihentikan sebagai langkah berjaga-jaga.

Lebih 1,400 anggota bomba dan penyelamat dikerahkan untuk memperbaiki kerosakan dan menjalankan langkah-langkah keselamatan.

Amaran taufan yang dikeluarkan di Seoul ditarik balik pada 9 pagi.

Agensi cuaca meramalkan suhu pada siang hari antara 28 hingga 34 darjah Celsius di Seoul dan beberapa bahagian di negara itu termasuk tenggara bandar Daegu. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!