X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS

Ringgit disebut harga pada 4.1670/1720 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1720 semalam. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati di pasaran yang menunggu ucaptama oleh Pengerusi Rizab Persekutuan negara itu (Fed) Jerome Powell pada satu acara lewat hari ini.

Pada 9.40 pagi ini, ringgit disebut harga pada 4.1670/1720 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1720 semalam.

Seorang peniaga berkata, Powell dijadual membicarakan kerangka dasar Fed, khususnya mengenai usaha untuk menangani inflasi.

“Pihak Fed telah menetapkan sasaran inflasi pada 2.0 peratus namun tidak dapat mencapainya sejak sedekad selepas krisis kewangan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0527/0566 daripada 3.0472/0513 semalam dan turun berbanding yen kepada 3.9334/9392 daripada 3.9213/9262.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.9354/9426 daripada 4.9249/9301 semalam dan susut berbanding pound Britain kepada 5.5079/5162 daripada 5.4784/4853 sebelumnya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!