TPM menghadap Sultan Johor

Wan Azizah menghadap Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene.
Wan Azizah menghadap Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Bukit Serene, di sini, sebentar tadi.

Dalam posting terbaharu Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasminya, ketibaan Wan Azizah di pekarangan istana pada jam 3 petang disambut Sultan Johor bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Ia merupakan kunjungan rasmi Wan Azizah yang pertama sejak menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pertemuan tersebut berlangsung selama lebih sejam yang membincangkan pelbagai perkara, sebelum diraikan dalam satu majlis santapan ringan.

Ketibaan Wan Azizah disambut oleh Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.
Ketibaan Wan Azizah disambut oleh Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Artikel Berkaitan: