Bekas ADUN Bangi meninggal dunia

Bekas ADUN Bangi, Datuk Dr. Amran Kasimin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) petang tadi.
Bekas ADUN Bangi, Datuk Dr. Amran Kasimin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) petang tadi.
A
A
A

BANGI - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Datuk Dr Amran Kasimin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Allahyarham difahamkan meninggal dunia kira-kira jam 5.56 petang tadi.

Berita pemergian Allahyarham dimuat naik oleh Wanita UMNO Bangi menerusi laman Facebook rasmi kira-kira jam 7.40 petang tadi.

"Dukacita dimaklumkan Datuk Dr. Amran Kasimin baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Jenazah beliau masih di HUKM.

"Arwah merupakan mantan ADUN kita di DUN N26 Bangi dan juga Mantan Ketua UMNO Bahagian Bangi (dulu Serdang)," katanya.

Wanita UMNO Bahagian Bangi menerusi pautannya di laman Facebook turut mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham.

"Salam takziah daripada Wanita UMNO Bahagian Bangi buat keluarga arwah," katanya.

Allahyarham dilahirkan pada 1 Ogos 1945 di Kampung Patah Pedang, Minyak Beku Batu Pahat. Johor dan merupakan Pengkaji Kebudayaan Islam dan merupakan (Mantan) Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Beliau mendapat pendidikan Doktor Falsafah dalam Bidang Sosiologi Agama dan Kebudayaan dari Universiti Of Arbedeen, Scotland dan Sarjana Persuratan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).