Pelombong guna teknologi 5G kerja dari rumah

Pekerja syarikat China Molybdenum mengawal jentera menggunakan alat kawalan jauh 5G. - Foto: Agensi
Pekerja syarikat China Molybdenum mengawal jentera menggunakan alat kawalan jauh 5G. - Foto: Agensi
A
A
A

ZHENGZHOU - Bekerja dari rumah kini tidak hanya untuk mereka yang bekerja di pejabat.

Pelombong di daerah Luanchuan, wilayah Henan di China membuktikan mereka juga boleh bekerja dari rumah dengan menggunakan alat kawalan jauh kenderaan dan jentera generasi kelima (5G) untuk menjalankan tugas industri berat dari rumah.

Stesen penyiar CCTV melaporkan syarikat China Molybdenum telah menggunapakai teknologi 5G di lombong Sandaozhuang di tengah China sejak 2019.

Teknologi seumpama itu membolehkan pekerja kolar biru bekerja dari rumah memandangkan pandemik koronavirus (Covid-19) masih melanda dunia.

"Pekerja boleh mengawal peralatan di lombong pada jarak jauh dengan tepat berikutan sambungan kelajuan tinggi dan latensi rendah. Ia bermaksud mereka boleh melihat apa yang dilakukan pada masa sebenar walaupun melakukan kerja berat dari jauh," lapor CCTV lagi.

Perkara yang paling menarik, kesemua jentera tersebut yang dikawal dari jauh seolah-olah bergerak secara sendiri.

Teknologi tersebut jelas menunjukkan kemajuan inovasi China yang mempelopori teknologi 5G. - Agensi

Artikel Berkaitan: