RM9.3 juta rokok seludup dirampas

Sebahagian daripada 42 wanita warganegara asing yang terlibat gejala sosial ditahan polis dan pihak imigresen dalam Ops Noda di sekitar Bandaraya Johor Bahru, malam tadi.
Sebahagian daripada 42 wanita warganegara asing yang terlibat gejala sosial ditahan polis dan pihak imigresen dalam Ops Noda di sekitar Bandaraya Johor Bahru, malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menyerbu 26 kedai runcit di daerah ini dari awal bulan ini hingga kini dan merampas pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM9.3 juta.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, menerusi serbuan tersebut pihaknya merampas 2,593 kotak rokok dan 692 karton rokok tanpa cukai.

"Dalam serbuan itu seramai 30 lelaki dan seorang wanita warganegara asing selain seorang lelaki tempatan ditahan. Kesemua suspek berumur lingkungan dari 20 sehingga 60 tahun.

"Kita turut merampas sebuah kereta Perodua MyVi dan sebuah Proton Wira yang dipercayai digunakan suspek untuk menyeludup dan mengedarkan rokok tanpa cukai tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, antara modus operandi kedai runcit itu ialah berselindung di sebalik perniagaan tersebut yang menjual barangan keperluan harian.

Semua rokok seludup tersebut katanya, dijual pada harga RM4.50 hingga RM9.50 sekotak.

Sebahagian rokok seludup yang dirampas. (Blurrkan jenama)
Sebahagian rokok seludup yang dirampas. (Blurrkan jenama)

Beliau berkata, semua suspek disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh didenda 20 kali nilai rampasan dan penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Padzli berkata, IPD Johor Bahru Selatan melakukan Ops Noda di sekitar Johor Bahru Selatan malam tadi dan menahan 42 wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang terlibat dengan gejala sosial.

Menerusi serbuan itu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Johor, beliau berkata, PATI yang ditahan itu terdiri daripada tiga wanita Indonesia; 29 wanita Vietnam; lapan wanita China dan masing-masing seorang wanita Kemboja serta Myanmar.

"Semua tangkapan didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah dan telah tamat tempoh pas atau permit kerja. Semua tangkapan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/93," katanya.

Ops Noda katanya, akan diteruskan bersama-sama jabatan berkenaan dari masa ke masa bagi membanteras gejala sosial terutamanya melibatkan PATI selain memastikan bandar raya ini bebas daripada aktiviti tidak bermoral.

IPD Johor Bahru Selatan katanya, menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes jenayah atau atau perkara menyalahi undang-undang sekitar bandar raya ini supaya menyalurkan maklumat menerusi talian hotline IPD itu 07-2182323.