Pyongyang buktikan Jong-un tidak koma

Korea Utara mengeluarkan gambar terbaharu Jong-un selepas terdapat dakwaan beliau dikatakan sedang berada dalam keadaan koma. - Foto: Agensi
Korea Utara mengeluarkan gambar terbaharu Jong-un selepas terdapat dakwaan beliau dikatakan sedang berada dalam keadaan koma. - Foto: Agensi
A
A
A

PYONGYANG - Korea Utara mengeluarkan gambar terbaharu pemimpin Kim Jong-un, beberapa hari selepas laporan media mendakwa beliau berada dalam keadaan koma dan tugasnya telah diambil alih oleh adik beliau.

Semalam, Jong-un dilaporkan hadir pada mesyuarat politburo pada hari ini untuk menggesa langkah memerangi koronavirus (Covid-19) dan membincangkan ancaman taufan yang bakal dihadapi negara itu.

Sebelum ini, bekas pembantu mendiang Presiden Korea Selatan, Kim Day-Jungtook mendakwa Kim Yo-Jong yang merupakan adik kepada Jong-un telah dijadikan pemimpin de facto kedua untuk berkongsi kuasa dengannya.Pelantikan itu menyaksikan segala urusan dan hal ehwal Pyongyang termasuk hubungan dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan diserahkan kepada wanita berusia 32 tahun itu.

“Saya berasa beliau sememangnya dalam koma dan gambar terbaharu dikeluarkan Pyongyang itu adalah palsu. Struktur pengambilalihan kuasa yang lengkap belum ditubuhkan.

“Oleh itu, Yo-jong dilantik bagi mengisi kekosongan dalam kepimpinan tinggi Korea Utara berikutan kekosongan tidak boleh berlaku untuk jangka masa yang lama,” katanya menerusi wawancara bersama The Korea Herald.

Sebelum ini, terdapat spekulasi tentang kematiannya yang didakwa berpunca daripada kegagalan prosedur pembedahan jantung, namun dinafikan Pyongyang. - Agensi

Artikel Berkaitan: