RM200 juta naik taraf jalan kampung orang asli Gua Musang

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memperuntukkan RM200 juta khusus untuk menaik taraf jalan di perkampungan orang asli di daerah ini bagi mengatasi masalah jalan rosak dan terputus terutama ketika berlaku bencana alam. Gambar kecil: Juli Edo
Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memperuntukkan RM200 juta khusus untuk menaik taraf jalan di perkampungan orang asli di daerah ini bagi mengatasi masalah jalan rosak dan terputus terutama ketika berlaku bencana alam. Gambar kecil: Juli Edo
A
A
A

GUA MUSANG - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memperuntukkan RM200 juta khusus untuk menaik taraf jalan di perkampungan orang asli di daerah ini bagi mengatasi masalah jalan rosak dan terputus terutama ketika berlaku bencana alam.

Ketua Pengarahnya, Profesor Dr Juli Edo berkata, projek itu tidak membabitkan jalan balak yang sering digunakan masyarakat orang asli untuk urusan harian.

"Kita tidak akan ganggu jalan dibina syarikat pembalak dan jalan baharu bakal dibina (untuk) memberi keselesaan kepada penduduk tanpa berdepan pelbagai risiko kejadian tidak diingini. Kini sebahagian kerja-kerja menaik taraf jalan berkenaan masih dalam proses mengeluarkan tender,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jakoa Kelantan dan Terengganu di Dewan Komuniti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan di sini hari ini.

Juli berkata demikian sebagai mengulas keluhan lebih 5,000 penduduk orang asli sekitar Pos Tohoi, Bihai, Belatim, Simpor, Gob dan Pos Balar dekat sini yang sering terputus jalan perhubungan apabila hujan lebat mengakibatkan banjir lumpur dan bukit runtuh di sekitar perkampungan mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan: