Covid-19: Singapura catat 60 kes baharu, 10 kes import

Singapura mengesahkan terdapat 60 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas. Foto: 123RF
Singapura mengesahkan terdapat 60 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas. Foto: 123RF
A
A
A

SINGAPURA - Singapura mengesahkan terdapat 60 kes baharu koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lepas.

“Berdasarkan siasatan kami setakat ini, ada tiga kes dalam komuniti, satu daripadanya rakyat Singapura dan dua lagi pemegang pas kerja,” kata Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kementerian itu berkata, 10 kes import diserahkan notis duduk di rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Kes terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif mereka dijangkiti di republik itu kepada 56,495.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 861 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,219 kes komuniti dan 53,355 kes penghuni asrama.

Sejumlah 54,816 pesakit sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital atau pusat penjagaan komuniti.

Sementara itu, 78 kes disahkan masih lagi di hospital tetapi tiada yang dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi.

Sejumlah 1,514 pesakit yang bergejala ringan atau dari segi klinikal sihat tetapi masih positif dalam saringan Covid-19 telah diasingkan dan dijaga di pusat jagaan komuniti.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19 di republik itu.

Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.

Dalam satu kenyataan berasingan hari ini, kementerian itu berkata, mereka yang memasuki Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan termasuk transit di Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas perlu melengkapkan arahan SHN selama 14 hari di pusat SHN yang ditetapkan dan bukannya di kediaman sendiri.

“Ia berkuat kuasa dari 29 Ogos 2020.

"Mereka juga perlu menjalani saringan Covid-19 sebelum berakhir arahan SHN mereka kerana ini merupakan peraturan semasa," katanya.

Menurut kementerian itu, terdapat laporan kluster perhimpunan di tempat ibadat merebak ke tempat kerja.

“Pihak berkuasa di Korea Selatan memberi amaran kemungkinan penularan wabak itu di seluruh negara. Di seluruh Korea Selatan, langkah penjarakan sosial yang lebih ketat dikenakan,” katanya. - Bernama