X

Kindly register in order to view this article
!

Polis rekod keterangan Khairuddin di Parlimen malam ini

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Mohd Khairuddin - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merekod keterangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di Parlimen berhubung kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada Julai lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, keterangan Mohd Khairuddin akan direkodkan malam ini.

Bagaimanapun, Mior tidak mendedahkan jam berapa keterangan terbabit akan direkodkan.

"Proses merekod keterangan menteri (Mohd Khairuddin) dilakukan di Parlimen malam ini," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Khairuddin dipanggil ke Bukit Aman hari ini

Kes Mohd Khairuddin sepatutnya tidak lagi jadi isu: Pas

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa Mohd Khairuddin tidak menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang daripada kunjungan ke Turki.

Susulan itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu mengenai Mohd Khairuddin sudah diserahkan kepada polis untuk disiasat.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Mohd Khairuddin pada 7 Ogos lepas atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Mohd Khairuddin kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya selain memulangkan semua gajinya sebagai menteri bermula Mei hingga Ogos atas rasa tanggungjawab selepas melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula dilapor mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin yang gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lepas.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!