Penyumbang Tabung Harapan tidak dapat didedahkan

Dana Tabung Harapan digunakan untuk melunaskan sebahagian daripada hutang 1MDB.
Dana Tabung Harapan digunakan untuk melunaskan sebahagian daripada hutang 1MDB.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak dapat mendedahkan nama syarikat korporat yang menyumbang dana kepada Tabung Harapan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) lalu.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, ia selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang menyatakan segala maklumat dan rekod penyumbang kepada Tabung Harapan yang diterima oleh Maybank tidak dapat dihebahkan.

“Berkenaan cukai, semua penyumbang yang menyumbang kepada Tabung Harapan, mereka boleh memohon pengecualian cukai,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 101 projek rundingan terus diluluskan zaman PH

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan mendedahkan nama syarikat korporat yang menyumbang kepada Tabung Harapan supaya tiada konflik kepentingan dengan 101 projek rundingan terus seperti didedahkan Menteri Kewangan baru-baru ini.

Abdul Rahim Bakri
Abdul Rahim Bakri

Dalam soalan asal mengenai status terkini Tabung Harapan, Abd Rahim berkata, tarikh akhir penerimaan sumbangan ialah pada 14 Januari 2019 dengan baki akhir yang direkodkan sebanyak RM202,716,775.10

“Sehingga 1 Disember 2019, dana tabung Harapan Malaysia berjumlah sebanyak RM205,491,219.36 termasuk kesemua faedah yang diperoleh dan telah digunakan untuk melunaskan sebahagian daripada hutang 1MDB.

Artikel Berkaitan:

“Akaun amanah Tabung Harapan Malaysia telah ditadbir jawatankuasa akaun bagi menentukan penggunaan dana dalam tabung amanah tersebut mengikut tata cara termaktub dalam arahan amanahnya iaitu akan digunakan untuk pembayaran hutang kerajaan Persekutuan dan pembayaran balik yang perlu dilakukan bagi tujuan akaun amanah itu sahaja,” ujarnya.