X

Kindly register in order to view this article
!

Pesara polis maut nahas di kebun kelapa sawit

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
A
A

BANTING - Seorang pesara polis maut selepas gerabak kelapa sawit yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar pokok kelapa sawit di Kanchong Darat, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa dikenali Tashiron Marpongi, 61, maut akibat kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa sedang menunda gerabak sawit dari arah kebun miliknya menghala ke rumah di Kanchong Darat.

"Tiba di lokasi, gerabak kelapa sawit yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar pokok kelapa sawit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azizan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!