Anak Presiden Brazil positif Covid-19

Flavio Bolsonaro - Foto Agensi
Flavio Bolsonaro - Foto Agensi
A
A
A

SAO PAULO - Anak lelaki sulung Presiden Brazil, Senator Flavio Bolsonaro semalam mengumumkan bahawa beliau diuji positif koronavirus (Covid-19) tetapi tidak bergejala.

Flavio, 39, dalam satu kenyataan berkata, beliau dalam keadaan baik dan kini menjalani kuarantin di rumah dan mengambil ubat antimalaria iaitu chloroquine.

Bapanya, Jair Bolsonaro sebelum ini bertegas menggalakkan penggunaan choloroquine walaupun ubat itu didapati tidak berkesan merawat Covid-19.

Bulan lalu, presiden berusia 65 tahun itu sendiri diuji positif dan menjalani kuarantin selama tiga minggu.

Ketika ini, seramai empat orang dalam ahli keluarga Bolsonaro dijangkiti virus maut tersebut.

Isteri muda Bolsonaro, Michellle, 38, diuji positif beberapa hari selepas suaminya disahkan dijangkiti virus itu.

Anak keempat Bolsonaro, Jair Renan, 22, pula disahkan positif minggu lalu.

Pandemik Covid-19, yang dianggap hanya selesema biasa oleh Bolsonaro sehingga kini telah menjangkiti lebih 3.6 juta orang di Brazil.

Brazil turut merekodkan kadar kematian kedua tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat (AS) dengan 116,580 kes. - AFP

Artikel Berkaitan: