Peguam pecah amanah jual beli rumah lebih RM200,000

Shamsul Amar
Shamsul Amar
A
A
A

KLANG - Sebuah syarikat peguam disiasat selepas dipercayai terlibat pecah amanah lebih RM200,000 berhubung perjanjian jual beli rumah di Bandar Bukit Raja di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, satu laporan telah dibuat mangsa berusia 42 tahun yang merupakan pengurus pembinaan pada Isnin lalu.

"Mangsa mendakwa pada 2 Oktober 2018, dia bersama isterinya telah ke pejabat peguam terbabit di Jalan Kota Raja Shahbandaraya, Klang untuk menandatangani surat perjanjian penjualan rumah.

"Rumah mangsa telah dijual dengan harga RM430,000 dan baki berjumlah RM243.441.70 sepatutnya diserahkan bagaimanapun sehingga laporan dibuat masih belum diserahkan pihak peguam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa telah beberapa kali menghubungi pihak peguam bertanyakan tentang wang tersebut namun telah diberikan pelbagai alasan antaranya akaun syarikat dibekukan.

"Mangsa bagaimanapun tidak percaya dengan dakwaan pihak peguam kerana gagal membuktikan perkara itu," katanya.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: