660,000 anggota APM sedia hadapi musim tengkujuh

Tengku Kamarulzaman memakaikan pangkat kepada seorang pegawai PASPA di Stadium Bandaraya, Georgetown di sini hari ini.
Tengku Kamarulzaman memakaikan pangkat kepada seorang pegawai PASPA di Stadium Bandaraya, Georgetown di sini hari ini.
A
A
A

GEORGETOWN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana banjir ketika musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan depan.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata, cabaran utama dalam menghadapi bencana tersebut pada kali ini adalah ketika negara menghadapi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, bagaimanapun, dengan keanggotaan dan peralatan yang mencukupi, pihaknya akan terus komited dalam menjalankan penugasan bencana semasa Covid-19.

"Dengan latihan yang dibuat secara berterusan, kita sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh yang dijangka berlaku sekitar bulan September hingga Oktober. Pada waktu ini terdapat kira-kira 2.2 juta anggota APM di seluruh negara dengan 30 peratus (660,000) daripadanya adalah anggota aktif.

Pegawai dan anggota PASPA yang akan mewakili negara ke Singapura tahun depan.
Pegawai dan anggota PASPA yang akan mewakili negara ke Singapura tahun depan.

"Cuma kali ini, penugasan bencana berlainan sedikit apabila kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi menyelamat kerana kita masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya pada sidang akhbar di Stadium Bandaraya di sini hari ini.

Sebelum itu Roslan mengiringi Penaung Pasukan Khas Pertahanan Awam Malaysia (PASPA), Tengku Datuk Seri Kamarulzaman Sultan Sir Abu Bakar merasmikan penutupan Endurance Training And Rescue Challenge.

Seramai 15 anggota PASPA terlibat dalam upacara pemakaian pangkat yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat.

Artikel Berkaitan: