Fairuz, Rafie dilantik kemudi Armada Sabah

Fairuz Renddan
Fairuz Renddan
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Belud, Fairuz Renddan dilantik sebagai Ketua Armada Sabah bagi penggal 2019-2022.

Sementara itu, Ketua Armada Keningau, Rafie Robert dilantik sebagai Naib Ketua Armada Sabah.

Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pelantikan itu bagi membantu kelancaran jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurutnya, Armada Sabah merupakan aset penting parti dalam persediaan menghadapi PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Persiapan jentera melalui perancangan rapi dan tersusun sedang berjalan dalam memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Sabah kali ini.

"Justeru, selaku pengemudi bagi sayap Pemuda Bersatu, saya mengambil langkah proaktif mengukuhkan organisasi Armada Sabah dengan lantikan baru di dalam beberapa jawatan penting bagi memastikan kelancaran jentera Armada sebagai tulang belakang Bersatu yang akan berjaya memenangi hati rakyat Sabah," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, beliau berharap individu dilantik mampu memimpin Armada Sabah dalam menyiapkan jentera pilihan raya dan mengemudi ke arah lebih baik dalam membela nasib agama, bangsa dan tanah air.

Artikel Berkaitan: