Sedia terima aduan rakyat setiap masa

Penyelaras Dun Sungai Limau, Zahran Abdullah
Penyelaras Dun Sungai Limau, Zahran Abdullah
A
A
A

YAN - Perasmian Pusat khidmat Rakyat Dun Sungai Limau membuktikan kerajaan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat.

Penyelaras Dun Sungai Limau, Zahran Abdullah berkata, memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di Dun Sungai Limau merupakan agenda utama.

Katanya, dalam memastikan agenda ini berjaya, pihaknya membuka talian untuk dihubungi sepanjang masa meskipun pada hari cuti.

"Kita bersedia menerima sebarang aduan daripada rakyat dan setiap aduan yang diterima kita akan pastikan pihak pengadu menerima maklum balas selewat lewatnya dalam tempoh tiga hari," katanya.

Menurut Zahran, pihaknya juga kini dalam usaha mengumpul maklumat setiap isi rumah di kawasan Dun Sungai Limau.

"Diharapkan dengan maklumat yang kita miliki ini, kita mampu untuk memberi tindak balas pantas kepada rakyat," katanya.

Tambah Zahran, dengan beberapa pendekatan ini kita telah menerima respon yang baik daripada masyarakat.

"Mereka dilihat begitu positif dengan sikap kita yang sentiasa responsif dalam memperjuangkan nasib masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan: