Facebook ancam tindakan undang-undang terhadap Thailand

Facebook menuduh kerajaan Thailand campur tangan dalam operasinya dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang, lapor agensi berita Thailand (TNA).
Facebook menuduh kerajaan Thailand campur tangan dalam operasinya dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang, lapor agensi berita Thailand (TNA).
A
A
A

BANGKOK - Facebook menuduh kerajaan Thailand campur tangan dalam operasinya dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Dalam kenyataannya, Facebook berkata, pihaknya memutuskan mereka terpaksa mengehadkan akses terhadap kandungan yang sudah dianggap salah oleh kerajaan Thailand.

"Permintaan seperti ini adalah berat, bertentangan dengan undang-undang hak asasi antarabangsa dan memberi kesan terhadap kemampuan orang untuk mengekspresikan diri mereka.

"Kami berusaha untuk melindungi dan mempertahankan hak semua pengguna internet dan sedia untuk mencabar permintaan itu.

"Tindakan kerajaan yang berlebihan seperti ini melemahkan kemampuan kita untuk melabur di Thailand, termasuk untuk pengurusan pejabat, melindungi pekerja dan menyokong perniagaan yang bergantung kepada Facebook," katanya.

- Bernama

Artikel Berkaitan: