X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Perak terima serahan zakat perniagaan lebih RM25.8 juta

Sultan Nazrin berkenan menerima zakat perniagaan daripada Mahdzir pada majlis yang berlangsung di Ipoh hari ini.
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan bernilai lebih RM25.8 juta daripada 20 agensi di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.

Pada majlis itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengemukakan bayaran zakat perniagaan tertinggi bagi tahun kewangan berakhir 2019 iaitu sebanyak RM7,687,022.14 diikuti Lembaga Tabung Haji Perak RM5,973,516.04.

Lembaga Air Perak (LAP) menyerahkan sejumlah RM5,152,000 zakat perniagaan kepada baginda, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM1,549,000), Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (RM1,074,417.78) dan Puncak Emas Infra Sdn Bhd berjumlah RM700,110.

Turut berbuat demikian, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak sebanyak RM691,571.93, Pertubuhan Peladang Perak (RM506,470.25), Perak Integrated Network Services Sdn Bhd (RM325,000), Perbadanan Menteri Besar berjumlah RM305,000.

Seterusnya, Qsr Brands (M) Holdings Sdn Bhd berjumlah RM298,878, Ladang Moccis Sdn Bhd (RM256,440.69), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (RM250,000), Agro Bank sebanyak RM234,559.00.

Turut hadir menyampaikan bayaran zakat tersebut adalah Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak berjumlah RM232,364.44, Gas Malaysia Berhad (RM200,000), Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak (RM125,771), Koperasi Co-Opbank Pertama Malaysia Berhad (RM125,550.55), Felcra Berhad Wilayah Perak (RM107,841.30) dan Koperasi Guru Melayu Perak berjumlah RM51,247.68.

Majlis berkenaan berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!