Maut langgar babi lintas jalan

Keadaan penunggang motosikal yang terbabas terlanggar babi di Rengit Batu Pahat hari ini.
Keadaan penunggang motosikal yang terbabas terlanggar babi di Rengit Batu Pahat hari ini.
A
A
A

BATU PAHAT- Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya dipercayai melanggar seekor babi yang melintas jalan di Jalan Besar Sungai Tongkang, Rengit di sini, hari ini.

Mangsa Shahrulnizam Isrofil, 42 yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 meninggal di tempat kejadian.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan II, Ramlee Shaari berkata satu jentera bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 8.14 pagi.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian mendapati berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal yang telah terbabas dipercayai akibat terlanggar babi yang sedang melintas jalan.

"Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis.

"Anggota bomba bertindak membersihkan darah yang berada di atas jalan raya dengan menggunakan air tangki pam jentera," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: