Lima pemancing ditahan guna bot tanpa lesen

Lima pemancing termasuk seorang pengusaha bot ditahan kerana menggunakan bot tanpa lesen semalam.
Lima pemancing termasuk seorang pengusaha bot ditahan kerana menggunakan bot tanpa lesen semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Lima pemancing warga tempatan termasuk pengusaha bot ditahan selepas didapati beroperasi tanpa lesen bot yang sah serta gagal mengemukakan dokumen insurans petang semalam.

Kesemua mereka berusia lingkungan 20-an yang mana pengusaha bot tersebut berusia 36 tahun.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, kesemua mereka ditahan dalam sebuah bot pancing yang tidak mempunyai nombor pendaftaran pada jam 3.15 petang.

Menurutnya, bot tersebut ditahan dalam Op Benteng Laut di kedudukan 1.5 batu nautika timur Batu Maung.

"Hasil pemeriksaan mendapati lima pemancing warga tempatan berada dalam bot tersebut dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 474(1) iaitu beroperasi tanpa lesen bot yang sah serta gagal mengemukakan dokumen insurans.

"Vesel yang ditahan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara khususnya di Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan: