'Projek rundingan terus bercanggah dengan janji PH'

Abd Rahim Bakri
Abd Rahim Bakri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Projek rundingan terus dibenarkan dalam urus tadbir kerajaan namun ia menjadi isu kerana bercanggah dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, PH juga mencanangkan amalan cekap, telus dan amanah dalam pentadbiran ketika gabungan politik mentadbir negara.

“Sebenarnya pada pandangan saya, rundingan terus itu sesuatu yang dibenarkan dalam kaedah perolehan.

“Cumanya ialah kerana PH telah memasukkan dalam manifestonya untuk memastikan tidak ada rundingan terus.

“Mereka juga kononnya amalkan CAT (cekap, telus, amanah) tetapi nampaknya dalam isu ini, itu tidak begitu kelihatan,” katanya pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) mengenai kesediaan kerajaan mengamalkan prinsip tanggungjawab dan ketelusan dengan mendedahkan senarai 101 projek rundingan terus seperti didedahkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Isnin lalu.

Ketika penggulungan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul berkata, sebanyak 101 projek membabitkan nilai RM6.61 bilion dibuat secara rundingan terus ketika PH mentadbir negara.

“Semasa pentadbiran sebelum ini, sejumlah 101 projek atau perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan," katanya.

Artikel Berkaitan: