Dua bekas kakitangan JAINJ mengaku tidak bersalah tipu RM100,000

Mohd Fauzi (kiri), Mohd Nasir (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.
Mohd Fauzi (kiri), Mohd Nasir (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [VIDEO]Bekas Timbalan Pengarah dan Pegawai Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memperdayakan pemilik sebuah syarikat percetakan buku membabitkan kerugian sebanyak RM100,000.

Tertuduh Mohd Nasir Amir, 58, didakwa atas tiga pertuduhan memperdayakan seorang pemilik syarikat percetakan buku untuk menyerahkan wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM50,000 sebagai bayaran sumbangan kepada Badan Kebajikan Bahagian Pendidikan JAINJ pada 29 Februari, 14 April dan 30 September 2016.

Sementara itu, Mohd Fauzi Arshad, 52, dituduh memperdayakan pemilik syarikat yang sama untuk menyerahkan wang sebanyak RM50,000 bagi bayaran royalti penulis-penulis buku latihan aktiviti keluaran Persatuan Guru Agama Negeri Johor (Persaga) pada 18 April hingga 20 April 2016.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zander Lim, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Rosli Kamaruddin.

Terdahulu Zander meminta mahkamah memberikan jaminan RM20,000 kepada kedua-dua tertuduh, namun Rosli memohon jumlah itu dikurangkan kerana mempunyai anak-anak untuk disara.

Hakim Kamarudin Kamsu kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM.

Mahkamah turut kes disebut semula pada 29 September ini.

Artikel Berkaitan: