Kes Covid-19 meningkat, doktor di Korea Selatan mogok besar-besaran

Puluhan ribu doktor pada Rabu melancarkan mogok berskala besar di seluruh Korea Selatan sebagai membantah rancangan pembaharuan tenaga kerja perubatan kerajaan. - Foto EPA
Puluhan ribu doktor pada Rabu melancarkan mogok berskala besar di seluruh Korea Selatan sebagai membantah rancangan pembaharuan tenaga kerja perubatan kerajaan. - Foto EPA
A
A
A

SEOUL - Puluhan ribu doktor pada Rabu melancarkan mogok berskala besar di seluruh Korea Selatan sebagai membantah rancangan pembaharuan tenaga kerja perubatan kerajaan, lapor agensi berita Yonhap.

Mogok tiga hari itu anjuran Persatuan Perubatan Korea (KMA) yang mempunyai kira-kira 130,000 ahli, antara lain membantah tindakan kerajaan untuk meningkatkan jumlah pelajar perubatan.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan mewajibkan doktor kembali bertugas berikutan kebimbangan peningkatan kes Covid-19.

"Mulai 8 pagi, kerajaan mengarahkan doktor felow dan pelatih yang bertugas di hospital di Seoul, wilayah Gyeonggi dan Incheon segera kembali bekerja," kata Menteri Kesihatan, Park Neunghoo.

Mereka yang ingkar tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan ditarik lesennya dan dikenakan hukuman penjara kurang dari tiga tahun atau denda kurang dari 30 juta won (AS$25,000).

Kementerian Kesihatan berkata, sektor perubatan dan pihak kerajaan sudah mencapai kesepakatan untuk menangguhkan rancangan pembaharuan itu sehingga pandemik Covid-19 berjaya dikawal.

No Image Caption

Bagaimanapun, kesepakatan itu ditolak Korean Intern and Resident Association (KIRA) yang mewakili doktor pelatih, kata kementerian.

Artikel Berkaitan:

Ribuan doktor pelatih melakukan mogok sejak akhir minggu lalu, mendesak kerajaan membatalkan rancangan itu.

Mogok itu menyebabkan gangguan dalam sistem rawatan kesihatan tatkala negara ini sedang bergelut untuk membendung peningkatan kes baharu Covid-19.

Pada Rabu Korea Selatan melaporkan 320 kes baharu termasuk 307 jangkitan tempatan, meningkatkan jumlah kes menjadi 18,265, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea.

Lima hospital utama di negara ini terpaksa memendekkan waktu klinik dan menangguhkan beberapa pembedahan. Sebanyak 115 pembedahan di Pusat Perubatan Samsung ditunda.

Sebahagian klinik kejiranan ditutup pada Rabu. Kira-kira 33 peratus pengamal perubatan menutup klinik semasa mogok pertama awal bulan ini.

Doktor di Korea Selatan mogok sebagai membantah rancangan pembaharuan tenaga kerja perubatan kerajaan. - Foto EPA
Doktor di Korea Selatan mogok sebagai membantah rancangan pembaharuan tenaga kerja perubatan kerajaan. - Foto EPA

Pembaharuan itu membabitkan rancangan untuk memperluas kuota kemasukan di sekolah perubatan sebanyak 4,000 dalam tempoh 10 tahun akan datang, mulai 202 di samping membuka sekolah perubatan awam baharu.

Ia akan meningkatkan jumlah pelajar yang diterima setiap tahun kepada 3,458 untuk tempoh 2022-2031 berbanding sekarang seramai 3,058. - Bernama