Ibu tunggal lima anak ditahan AADK

Seorang ibu tunggal antara 24 penagih dadah yang ditahan AADK Kuala Muda di Flat Paya Nahu dekat sini semalam.
Seorang ibu tunggal antara 24 penagih dadah yang ditahan AADK Kuala Muda di Flat Paya Nahu dekat sini semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang ibu tunggal lima anak antara 24 penagih dadah yang ditahan dalam Ops Cegah dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda di sini semalam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, wanita berusia 30 tahun itu ditahan di rumah teman lelakinya di Flat Paya Nahu di sini.

Menurutnya, wanita yang mempunyai lima anak berusia antara setahun hingga 12 tahun itu juga didapati positif dadah jenis morphine.

"Ketika ditahan teman lelaki wanita berkenaan yang juga penagih dadah tiada di rumah.

"Dalam serbuan di rumah berlainan di flat itu, empat lelaki turut ditahan dan kesemua mereka positif dadah jenis morphine," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Ops Cegah yang berlangsung selama 13 jam di sekitar Kuala Muda secara keseluruhannya menahan 24 individu berusia antara 22 hingga 58 tahun yang didapati positif dadah jenis methamphetamine dan morphine.

Katanya, operasi itu diketuai Irdawati Abdul Hamid dengan empat anggota.

"Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, seramai 15 individu akan direman di lokap Kuala Muda dan sembilan lagi dibebaskan dengan jaminan bersyarat," katanya.