Amy Search perkenalkan 'new baby'

Penyanyi, Amy Search
Penyanyi, Amy Search
A
A
A

PENYANYI legenda rock, Amy Search, tampil mendedahkan berita gembira kepada khalayak umum.

Amy, berkata, usah cepat melatah kerana baby baharu yang dimaksudkan itu adalah bisnes baharunya, BaristAmy.

"Dengan rendah hati saya ingin berkongsi khabar berita gembira yang baharu tentang diri saya. Saya ingin memperkenalkan 'New Baby' saya kepada peminat.

"Baby baharu yang saya maksudkan adalah tentang cabang perniagaan baharu yang saya usahakan.

"Seperti yang umum sedia maklum, minat saya pada kopi amat luar biasa. Jika sebelum ini saya telah pun memperkenalkan jenama Phewiiit Coffee kini, saya bakal melancarkan produk terbaharu saya iaitu “BaristAmy” . Ianya adalah projek “Cafe Mikro coffee”," katanya.

Justeru, Amy menjemput orang ramai untuk merasai nikmatnya ”brew coffee” hasil campuran istimewa dari Itali.

"Boleh berjumpa saya sendiri di sepanjang acara Malaysia Halal Expo 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre bermula 24 sehingga 26 Januari 2019. Terima Kasih atas sokongan anda semua! Phewiiit!," katanya.

Artikel Berkaitan: