X

Kindly register in order to view this article
!

Maguire dihukum penjara 21 bulan 10 hari

Harry Maguire
A
A

PERTAHANAN Manchester United, Harry Maguire dijatuhkan hukuman penjara selama 21 bulan 10 hari oleh mahkamah di Greece selepas didapati bersalah menyerang pegawai polis, melawan ketika hendak ditangkap dan cuba memberi rasuah.

Bagaimanapun, menurut portal berita antarabangsa, hukuman kepada pertahanan termahal dunia itu ditangguhkan memandangkan ia adalah jenayah pertama dan tuduhan terhadapnya dikelaskan sebagai kesalahan kecil selain pasukan peguamnya akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.

Maguire ditahan bersama abang dan rakannya dalam satu pergaduhan di sebuah kelab malam di Mykonos dengan pemain berusia 27 tahun itu mendakwa adiknya, Daisy disuntik dadah yang menjadi punca tercetusnya insiden tersebut.

Pemain itu dalam satu kenyataan tidak mengaku salah dan akan membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut.

"Berikutan pendengaran yang telah dibuat hari ini, saya telah meminta pasukan peguam saya untuk memberitahu mahkamah untuk melakukan rayuan dengan segera.

"Saya tetap teguh dan yakin tidak bersalah dalam perkara ini. Apa pun yang berlaku, saya, keluarga dan kawan-kawan adalah mangsa dalam insiden ini," katanya.

United pula berdiri teguh di belakang kaptennya itu dan mengkritik pendakwa yang memberikan masa yang sedikit kepada pasukan Maguire untuk membela diri.

"Manchester United mengambil maklum keputusan mahkamah hari ini. Harry Maguire mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang dibuat terhadapnya dan dia terus menegaskan bahawa dia tidak bersalah.

"Harus diingat bahawa pihak pendakwaan mengesahkan tuduhan tersebut dan memberikan bukti mereka pada hari sebelum perbicaraan dan memberikan waktu yang minimum kepada pasukan pembelaan untuk menyiapkan bukti dan hujah. Permintaan untuk ditangguhkan juga ditolak.

"Atas dasar ini, bersama dengan bukti yang kukuh, pasukan pembelaan akan mengajukan rayuan atas keputusan tersebut untuk memastikan perbicaraan yang penuh dan adil," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!