Mohd Khairuddin dipanggil ke Bukit Aman hari ini

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali -Foto Bernama
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali dipanggil ke Bukit Aman pada hari ini untuk memberi keterangan susulan kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki, pada 7 Julai lalu.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan bahawa pihaknya memanggil menteri berkenaan bagi membantu siasatan selepas 27 laporan polis diterima berhubung perkara berkenaan.

"Mohd Khairuddin akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Bagaimanapun, masih belum dipastikan waktu Mohd Khairuddin akan hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan dilaporkan menyerahkan kertas siasatan dalaman pihaknya berhubung isu pelanggaran kuarantin oleh Mohd Khairuddin kepada polis untuk tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM serah kepada polis siasat Khairuddin

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Mohd Khairuddin dikompaun oleh Kementerian Kesihatan sebanyak RM1,000 atas kesalahan melanggar perintah kuarantin.

Mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342), kerajaan mewajibkan semua individu yang baru tiba dari luar negara termasuk warganegara dan warga asing menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan: