Pegawai terlibat kehilangan RM543,088 wang awam dikenakan punitif

Rina Harun - Foto Bernama
Rina Harun - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil tindakan punitif terhadap pegawai yang terbabit dalam kes kehilangan RM543,088 wang awam sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkata, tindakan tersebut berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

"Saya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku melibatkan integriti pegawai-pegawai di kementerian, jabatan mahupun agensi memandangkan penjawat awam telah dilengkapi dengan pelbagai peraturan dan tatacara kewangan serta memiliki integriti yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kementerian sentiasa memastikan usaha pencegahan melibatkan integriti pegawai-pegawai seperti memberikan latihan yang bersesuaian dan meningkatkan keberkesanan mekanisme sedia ada serta pemantauan secara berterusan.

Isnin lalu, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 mendedahkan kementerian itu memakan masa 1,484 hari atau empat tahun bagi laporan awal kehilangan wang dalam kementerian itu.

Artikel Berkaitan: