Tiada penyingkiran bukan punca UKM FC longlai

Kesebelasan utama UKM FC ketika berdepan Kelantan pada aksi Liga Premier di Selayang Sabtu lalu. - Foto: UKM FC
Kesebelasan utama UKM FC ketika berdepan Kelantan pada aksi Liga Premier di Selayang Sabtu lalu. - Foto: UKM FC
A
A
A

KETUA Jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin menafikan faktor tiada penyingkiran ke saingan Liga M3 musim depan menjadi punca anak-anak buahnya bermain sambil lewa sehingga dibelasah Kelantan dengan kekalahan 1-5 pada aksi Liga Premier di Selayang Sabtu lalu.

Menurut Sulaiman, UKM juga berdepan dengan masalah yang memberikan kesan kepada prestasi The Varsity Boys apabila kembali turun beraksi selepas berehat panjang akibat penangguhan Liga-M sebelum ini.

“Pada saya, tiada penyingkiran musim depan sepatutnya jadi pembakar semangat kepada setiap pemain untuk fokus dan mencuri slot dalam saingan TM Piala Malaysia. Tetapi lain pula jadinya.

“Sebenarnya, kita pun ada masalah (dalam pasukan). Bezanya masalah kita tidak diuar-uarkan kepada umum. Kadang-kadang apabila pemain ini fikir mengenai masalah tersebut, mereka akan kurang motivasi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berjanji UKM FC akan bangkit kembali ketika berhadapan Kuala Lumpur dalam aksi dijadualkan Jumaat ini, sekali gus kembali menemui rentak positif.

“Kita masih ada perlawanan yang perlu diharungi dan setiap pemain kena kembali fokus. Kekalahan ini memang sukar dan kami perlu bangkit semula ketika menentang Kuala Lumpur.

“Saya ingatkan pemain kekalahan kepada Kelantan bukanlah penghujung dan tujuh perlawanan yang ada ini kita kena gunakan sebaiknya. Banyak perkara yang perlu kita baiki dan saya percaya kita akan bersedia untuk perlawanan seterusnya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: