Wanita asing ditahan seludup masuk arak di Tawau

PDRM
A
A

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang wanita dan merampas 268 botol minuman keras bernilai RM8,360 dipercayai diseludup masuk dari Filipina, dalam satu operasi di sebuah rumah di tepi sungai kampung Titingan, malam tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Mohamad Pajeri Ali berkata suspek berusia 46 tahun itu, yang juga warga asing, ditahan pada pukul 7.30 malam.

"Anggota PPM yang membuat pemeriksaan di rumah suspek menemukan 100 botol minuman keras," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, wanita berkenaan bersama barang rampasan dibawa ke pejabat Pasukan Polis Marin Tawau untuk tangkapan di bawah Akta Kastam dan Akta Imigresen. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia