Jangan guna nama, logo SSM tanpa kebenaran

SSM menerima laporan berkaitan beberapa perniagaan pinjaman wang yang menggunakan namanya untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk mereka.
SSM menerima laporan berkaitan beberapa perniagaan pinjaman wang yang menggunakan namanya untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk mereka.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana entiti pinjaman wang atau memberi kredit kepada golongan usahawan.

Dalam kenyataan hari ini, SSM memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menggunakan nama serta logo SSM tanpa kebenaran.

Menurut kenyataan itu, SSM telah menerima laporan berkaitan beberapa perniagaan pinjaman wang yang menggunakan nama SSM untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk mereka.

“SSM menggesa orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sebelum melakukan transaksi yang ditawarkan mana-mana entiti perniagaan termasuk entiti perniagaan pinjaman wang bagi mengelakkan sebarang masalah,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau e-mel kepada enquiry@ssm.com.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: