Operator pasar raya maut nahas kereta, bas ekspres

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Bentong ke Raub hari ini. - Foto JBPM Pahang
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Bentong ke Raub hari ini. - Foto JBPM Pahang
A
A
A

BENTONG - Seorang operator pasar raya maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Kilometer 12 Jalan Bentong ke Raub hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, mangsa, Samsuna Jamaludin, 58, yang beralamat di Felda Lurah Bilut, Bentong meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusof Unis berkata, siasatan awal mendapati bas yang dipandu lelaki berusia 40 tahun dari arah Kelantan menuju ke Kuala Lumpur manakala mangsa dari arah Mempaga menuju ke arah Lurah Bilut.

Bas ekspres yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 12 Jalan Bentong ke Raub petang tadi. - Foto JBPM Pahang
Bas ekspres yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 12 Jalan Bentong ke Raub petang tadi. - Foto JBPM Pahang

"Apabila sampai di tempat kejadian iaitu simpang tiga, dipercayai kereta mangsa keluar dari simpang Mempaga secara mengejut menyebabkan pemandu bas tidak sempat mengelak lalu terlanggar kenderaan tersebut di bahagian sisi sebelah kanan.

"Kemalangan itu mengakibatkan mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pemandu bas ekspres bersama 11 penumpang tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: