PUNB buka permohonan BRF bermula hari ini

Noh melawat gudang Mimoo Act selepas membuat pengumuman bantuan pembiayaan perniagaan Covid-19 dan penyerahan cek pembiayaan kepada rakan usahawan PUNB di Mimoo Act Sdn Bhd, Kampung Baru Subang hari ini. - Foto Bernama
Noh melawat gudang Mimoo Act selepas membuat pengumuman bantuan pembiayaan perniagaan Covid-19 dan penyerahan cek pembiayaan kepada rakan usahawan PUNB di Mimoo Act Sdn Bhd, Kampung Baru Subang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) membuka permohonan bagi pembiayaan inisiatif khas, Pembiayaan Mudah Bumiputera (BRF) berjumlah RM200 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bermula hari ini.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata, inisiatif itu menawarkan pembiayaan antara RM100,000 hingga RM1 juta bagi membantu syarikat bumiputera yang terjejas akibat Covid-19 untuk meneruskan operasi.

“Pembiayaan itu akan ditawarkan sehingga habis disalurkan,” katanya semasa mengumumkan pembukaan permohonan BRF di sini hari ini.

Beliau menjangkakan BRF akan memberi manfaat kepada 200 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara dan penerima akan diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana.

Inisiatif itu terbuka kepada PKS dalam sektor peruncitan dan pengedaran perdagangan, pembuatan dan kejuruteraan, automasi sistem, kesihatan, hospitaliti, penggerak perniagaan, logistik, penggudangan serta perkhidmatan dan industri kreatif.

Syarikat yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya 70 peratus milik Bumiputera dan mempunyai perolehan jualan RM300,000 setahun.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi PUNB, www.punb.com.my.

Kadar keuntungan yang dikenakan hanya 3.5 peratus setahun dengan tempoh pembayaran maksimum sehingga lima tahun enam bulan. - Bernama

Artikel Berkaitan: