Gangguan bekalan air dijangka pulih pagi esok

Gangguan bekalan air di lima kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dijangka pulih sepenuhnya pagi esok.
Gangguan bekalan air di lima kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dijangka pulih sepenuhnya pagi esok.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air di lima kawasan di Wilayah Kuala Lumpur susulan kejadian paip pecah berhampiran Pudu Ulu Baru, Jalan Semerah Padi tengah malam tadi dijangka pulih sepenuhnya jam 10 pagi esok.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, kerja-kerja pembaikan paip pecah berkenaan siap dilaksanakan pihaknya jam 10 pagi tadi.

Menurutnya, bekalan air mula disalurkan kepada pengguna selepas kerja-kerja terlibat siap dilaksanakan.

“Sehingga jam 3 petang tadi, pemulihan bekalan air di kawasan terjejas telah mencapai tahap 55 peratus.

“Air Selangor masih dalam proses menstabilkan agihan bekalan air dan menjangkakan pemulihan sepenuhnya di kawasan terlibat pada jam 10 pagi esok,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bantuan air melalui lori tangki terus digerakkan ke kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas.

“Pengguna yang terjejas boleh menghubungi talian 15300 untuk mendapatkan bantuan bekalan air.

“Air Selangor akan terus memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman web kami di www.airselangor.com,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Kampung Pandan Luar (Jalan 1 hingga 8), Taman Maluri, Desa Pandan, Taman Maju Jaya dan Taman Pudu Impian dilapor berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah berhampiran Pudu Ulu Baru, Jalan Semerah Padi malam tadi.

Air Selangor memaklumkan bekalan air terpaksa ditutup pada jam 12 tengah malam tadi bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.