'Hanya makan angin di Slim, tiada kaitan politik'

Osman Sapian
Osman Sapian
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Johor, Datuk Osman Sapian mengakui beliau hadir ke Slim Perak semalam bagi meninjau perjalanan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang sedang berlangsung.

Osman berkata, kehadirannya hanya mahu bertemu rakan-rakan lama sambil makan angin dan menegaskan tindakannya itu tiada kaitan dengan politik.

"Ya, saya sudah lama tidak berjumpa kawan-kawan lama dan keluar daerah, jadi saya jalan-jalan ke Slim untuk melihat suasana di Perak.

"Selain itu, ada tugas berkaitan perniagaan dan tiada kaitan dengan politik," katanya kepada Sinar Harian ini.

Terdahulu sebuah portal melaporkan Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Kempas itu dilihat bersama beberapa pemimpin Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) semasa kempen PRK DUN Slim.

Tindakan Osman itu memanaskan situasi politik di Johor apabila timbul dakwaan wujudnya pergolakan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di samping terdapat wakil rakyatnya ingin menyertai parti baharu diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.

Untuk rekod, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai 29 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH), 27 kerusi.

Bersatu kini mempunyai 11 ADUN termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga ADUN Gambir.

Artikel Berkaitan: