'Tengku Zafrul patut dedah senarai penerima projek rundingan terus'

Dr Mahathir - Foto fail Bernama
Dr Mahathir - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diminta menyenaraikan secara terperinci 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia bagi memastikan prinsip ketelusan atau 'transparency' diamalkan dan rakyat juga berhak mendapat maklumat penuh berkenaan perkara itu.

"Saya terbaca dalam akhbar bahawa Menteri Kewangan telah mendedahkan bahawa pada masa PH memerintah projek rundingan terus telah diberikan sebanyak 101 projek bernilai RM6.61 billion.

ARTIKEL BERKAITAN: 101 projek rundingan terus diluluskan zaman PH

'Azmin lupa tender sudah dibentang kepada Kabinet'

Guan Eng mengaku luluskan 101 projek rundingan terus

"Sepatutnya Menteri kewangan mendedahkan nama-nama mereka yang mendapat projek berkenaan supaya rakyat semua tahu siapa yang melakukan perbuatan ini walaupun kata Tengku Zafrul bahawa memang projek rundingan terus ini dibenarkan.

"Namun pendedahannya seolah-olah ia tidak dibenarkan dan satu kesalahan terhadap pelaku," katanya menerusi satu rakaman video pendek yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya hari ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, pendedahan Tengku Zafrul dengan tidak menyenaraikan nama-nama mereka yang mendapat projek itu menimbulkan persoalan.

"Ini semua menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan rakyat dan mereka berhak mendapat maklumat penuh mengenai siapa yang dapat, projek yang mana, di mana dan nilai-nilai projek ini.

"Ini supaya kita dapat tentukan siapa yang mendapat nikmat istimewa ini dan ini perlu didedahkan kepada rakyat," katanya.