SPR tidak tegas punca Manogaran berani langar undang-undang

Paparan gambar yang dimuatnaik Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Facebooknya hari ini.
Paparan gambar yang dimuatnaik Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Facebooknya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak tegas menjadi punca utama calon PRK Parlimen Cameron Highlands, M Manogaran berani melanggar undang-undang dan memasuki pusat mengundi hari ini dengan memakai baju yang mempunyai logo gabungan tersebut.

Pengerusi Jaringan Sukarelawan Malaysia, Isham Abdul Jalil berkata, Manogaran sebenarnya tahu dan jelas tentang undang-undang dengan jelas kerana bukan pertama kali anggota DAP itu bertanding dalam pilihanraya.

"Namun mungkin beliau tidak peduli kepada undang-undang dan SPR sebab beliau rasa SPR ada 'dalam tangan' dia atau beliau rasa Pengerusi SPR ini tidak ambil apa-apa tindakan?" soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan petugas SPR kerana membenarkan Manogaran memasuki pusat mengundi memakai baju mempunyai logo PH.

Dr. Asyraf Wajdi yang berkongsi dua gambar Manogaran memakai baju mempunyai logo PH di dalam pusat menggundi Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut di Facebook beliau sebentar tadi.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, sesiapa yang memakai apa-apa pakaian yang mempunyai logo parti yang berada di tempat pengundian pada hari pengundian atau berada dalam lingkungan 50 meter dari tempat pengundian adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman penjara hingga satu tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Menurut Isham, undang-undang tersebut dibuat untuk mengelakkan masalah seperti kekecohan, pergaduhan atau syak wasangka di kawasan mengundi.

"Hukuman terhadap kesalahan ini seperti di atas adalah hukuman yang paling berat di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya jika didapati bersalah," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: