Pulau Pinang batal sambutan Hari Kebangsaan

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos ini dibatalkan susulan keadaan semasa penularan Covid-19. - (Gambar hiasan 123RF)
Gambar kecil:Law Choo Kiang
Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos ini dibatalkan susulan keadaan semasa penularan Covid-19. - (Gambar hiasan 123RF) Gambar kecil:Law Choo Kiang
A
A
A

GEORGETOWN - Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos ini akan dibatalkan susulan keadaan semasa penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri itu.

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang menerusi surat rasmi sebentar tadi.

"Berdasarkan keadaan semasa di Pulau Pinang yang sedang berhadapan pandemik Covid-19, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 19 Ogos lalu telah membuat ketetapan bahawa sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang yang dijadualkan pada 31 Ogos ini dibatalkan," katanya.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk menjadualkan semula sembilan majlis rasmi di peringkat negeri bagi tahun ini susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Tiga daripada majlis rasmi tersebut telah dibatalkan iaitu Perhimpunan Ummah Sempena Sambutan Maal Hijrah, Sambutan Hari Pahlawan dan Perhimpunan Ummah Sambutan Maulidur Rasul.

Sementara itu, sambutan Perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos pula akan diselaras dan disesuaikan mengikut konsep di peringkat kebangsaan.

Artikel Berkaitan: