X

Kindly register in order to view this article
!

Thiago aset penting Bayern Munich

Thiago Alcantara
A
A

BEKAS bintang Bayern Munich, Owen Hargreaves memberi amaran kepada juara Liga Juara-Juara itu perlu melakukan segala yang mungkin bagi memastikan pemain tengah Die Bayern, Thiago Alcantara kekal bersama gergasi Jerman itu.

Pemain Sepanyol berusia 29 tahun itu sebelum ini menjadi antara watak penting dalam memastikan juara Bundesliga berkenaan merangkul trofi berprestij bola sepak kelab Eropah sekali gus kejuaraan treble selepas Piala Jerman.

Pada aksi final di Estadio da Luz, Lisbon, jaringan Kingsley Coman pada minit ke-59 sudah cukup untuk melengkapkan kemenangan 1-0 menentang Paris Saint-Germain (PSG) sekali gus kejuaraan keenam Bayern Munich.

Thiago sebelum ini dilaporkan berhasrat melanjutkan khidmatnya di Allianz Arena, namun baru-baru ini pemain itu menegaskan dia tidak berminat menyambung kontrak yang berbaki setahun sebaliknya bertekad meninggalkan bandaraya Munich.

Kelab kendalian Jurgen Klopp dilaporkan berminat merekut bekas tonggak Barcelona itu dan telah pun mengadakan perbincangan untuk membawa pemain itu ke Anfield.

Pada masa sama Bayern yang tidak mahu pemain meninggalkan bandaraya Munich secara percuma tahun depan telah meletakkan harga 27 juta pound kepada kelab yang mahu mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Menurut Hargreaves, kelab Jerman itu seharusnya menggandakan usaha menyakinkan Thiago untuk terus kekal di Munich selepas melakukan penampilan yang memukau di Lisbon.

“Ya, Thiago adalah nadi penting kepada Bayern seperti dibuktikan pada perlawanan akhir di Lisbon. Dia adalah jeneral terbaik bahagian tengah Bayern dalam semua perlawanan terutama pada aksi fasa penting.

“Saya juga pasti penyokong Liverpool amat teruja untuk mendapatkan pemain yang cukup berkualiti ini apatah lagi selepas melihat aksinya di Lisbon.

Sementara itu, pengendali Bayern, Hansi Flick mengakui Thiago masih belum memutuskan statusnya bersama Bayern biarpun setelah mengatasi PSG.

“Sebenarnya Thiago masih belum memutuskan statusnya, biarpun begitu saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya, sama seperti saya mengucapkan terima kasih kepada semua pemain.

“Saya pun tidak tahu perkembangan terkini perkara ini, begitu juga dengan Thiago kerana kami fokus kepada final Liga Juara-Juara sebelum ini. Tapi kita akan lihat situasinya dalam beberapa hari ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!