Kenyataan Syed Saddiq tubuh parti baharu disalah tafsir, kata Mukhriz

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman akan menubuhkan sebuah parti politik baharu berbilang kaum dengan memberi fokus kepada anak muda mungkin disalah tafsir.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau melihat bahawa Syed Saddiq belum membuat keputusan jelas berhubung perkara itu.

"Yang saya faham, beliau belum buat keputusan jelas untuk pergerakan anak muda diadakan bagi diterjemahkan kepada parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq tubuh parti baharu

Parti baharu: Harap Syed Saddiq tak terpengaruh mana-mana pemimpin

"Apapun keputusan beliau, kami berharap kerjasama baik dalam Pejuang dan luar Pejuang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Sebelum ini, Syed Saddiq dilaporkan mengesahkan tidak akan menyertai Pejuang yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dilaporkan berkata akan menubuhkan sebuah parti politik baharu berbilang kaum dengan memberi fokus kepada golongan anak muda.

Artikel Berkaitan: