Polis Negeri Sembilan lupus dadah RM9.2 juta

Mohamad melihat barang kes yang akan dilupuskan di Pusat Kualiti Alam di Sendayan.
Mohamad melihat barang kes yang akan dilupuskan di Pusat Kualiti Alam di Sendayan.
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah yang menjadi barang kes bernilai RM9.2 juta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kes membabitkan 1,913 kertas siasatan bagi tahun 2006 hingga 2019 dan sudah selesai di mahkamah.

Beliau berkata, antara dadah yang dilupuskan ialah heroin ( 5,109 gram), ganja (2,004 gram), cecair ganja (20 mililiter), syabu (1,746 gram), pil yaba (1.19 gram), methadone (0.6 mililiter) dan 257 peralatan memproses dadah.

"Kesemua barang kes itu akan dilupuskan di Pusat Kualiti Alam di Sendayan," katanya pada sidang media di IPK, selepas melakukan penyerahan 17 kenderaan MPV jenis Honda Civic kepada semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Negeri Sembilan.

Mohamad melihat sebuah kenderaan MPV Honda Civic selepas melakukan penyerahan 17 kenderaan itu kepada semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Negeri Sembilan hari ini.
Mohamad melihat sebuah kenderaan MPV Honda Civic selepas melakukan penyerahan 17 kenderaan itu kepada semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Negeri Sembilan hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata, prestasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini semakin meningkat.

Katanya, pegawai dan anggota melakukan tangkapan membabitkan dadah sebanyak 3,746 iaitu pengedar dadah (557), pemilikan dadah (1,107) dan penagih dadah (2,082), manakala jumlah anggaran nilai rampasan dadah sebanyak RM8.6 juta dan nilai sitaan aset pengedar berjumlah RM3.3 juta.

"Kami serius membanteras dadah dengan memfokuskan tangkapan kepada pengedar dadah selain melumpuhkan ekonomi mereka dengan menyita aset yang dimiliki," katanya.

Artikel Berkaitan: