Apartmen runtuh, 70 mangsa dipercayai tertimbus

Anggota penyelamat melakukan operasi hari ini bagi mencari mangsa terselamat selepas sebuah apartmen lima tingkat runtuh di Mahad semalam. - Foto AFP
Anggota penyelamat melakukan operasi hari ini bagi mencari mangsa terselamat selepas sebuah apartmen lima tingkat runtuh di Mahad semalam. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Pasukan penyelamat dan anjing pengesan melakukan pencarian mangsa yang terselamat di celah-celah runtuhan sebuah apartmen lima tingkat di barat India.

Kejadian yang berlaku pada lewat semalam di bandar Mahad selatan Mumbai menyebabkan tiga pasukan tindak balas bencana bekerja pada waktu malam bagi mencari 70 orang mangsa yang dipercayai tertimbus.

Beberapa pegawai berkata, ramai penduduk daripada 47 unit apartmen itu telah meninggalkan bandar tersebut untuk mengelakkan diri daripada terkena jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19).

Punca kejadian itu masih tidak diketahui tetapi bangunan runtuh merupakan kejadian yang biasa berlaku ketika musim monsun Jun hingga September ini.

Jurucakap Pasukan Tindakan Balas Bencana Kebangsaan, Sachidanand Gawde berkata, pasukan perkhidmatan kecemasan sehingga kini telah berjaya membawa keluar satu mayat.

Anggaran bilangan yang terperangkap adalah antara 20 hingga 70 mangsa selepas puluhan orang lagi berjaya melarikan diri apabila bangunan tersebut mula hendak runtuh. - AFP

Artikel Berkaitan: