SPRM kaji elemen rasuah 101 tender rundingan terus era PH

SPRM berkata, kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi menentukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berkaitan pendedahan itu.
SPRM berkata, kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi menentukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berkaitan pendedahan itu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji elemen rasuah dalam 101 tender rundingan terus yang didakwa diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, SPRM berkata, kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi menentukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

"SPRM akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus semasa pemerintah kerajaan terdahulu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 101 projek rundingan terus diluluskan zaman PH

Dewan rakyat kecoh isu projek rundingan terus zaman PH

Pas gesa semua projek rundingan terus zaman PH didedahkan

Suruhanjaya itu mengesahkan pihaknya menerima beberapa memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung isu terbabit.

"Sehubungan itu, SPRM menggesa semua pihak untuk memberikan ruang kepada suruhanjaya ini untuk meneliti perkara berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Dewan Rakyat gamat apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membuat pendedahan tersebut selepas menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai jumlah tender secara rundingan terus yang diluluskan ketika PH mentadbir negara selama 22 bulan.