Ahmad, Othman dilantik Ahli Dewan Negara

Othman, Ahmad
Othman, Ahmad
A
A
A

ALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahya dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ahmad yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu menggantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang tamat tempoh pelantikannya pada 14 Ogos lalu.

Pelantikan itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Juhari Bulat selepas dicadangkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang DUN hari ini.

Cadangan itu disokong Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman.

Selain pelantikan Ahmad, bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz turut dilantik menggantikan Pengerusi MIC Kedah, Datuk Dr S Ananthan yang juga tamat tempoh pelantikan pada 14 Ogos.

Cadangan itu disokong oleh Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga, Datuk Suraya Yaacob.

Pelantikan kedua-dua tokoh itu adalah untuk tempoh tiga tahun.

Artikel Berkaitan: