'Guan Eng tidak berpegang pada janji'

Khairil Nizam
Khairil Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin menyifatkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai seorang yang tidak berpegang pada janji, berbohong dan pemutar belit.

Ia susulan kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian berkenaan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Khairil berkata, Guan Eng pernah menyebut tiada lagi rundingan terus pada tahun 2018 dan akan mengguna Kerjasama Awam Swasta (Public-Private Partnership (PPP) yang sebenar.

"Semalam, wajah sebenar Lim Guan Eng didedahkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku (Datuk Seri) Zafrul. 101 projek berjumlah RM6.61 bilion diluluskan melalui rundingan terus. Sungguh ironi.

"Selama 22 bulan memerintah, langsung tidak pernah dibentang di Dewan Rakyat. Bayangkan jika PH-DAP memerintah selama satu penggal?

"Berapa ratus projek lagi dia mahu kelentong? Berapa bilion Ringgit lagi mahu runding terus tanpa persetujuan Kabinet?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN 101 projek rundingan terus diluluskan zaman PH

Khairil berkata, Pemuda Pas membangkitkan perkara itu kerana kerajaan PH sebelum inilah yang bersungguh-sungguh mencanang imej bersih dan telus di hadapan rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Janji ke-23 manifesto PH (bukan kitab suci): “Untuk memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan baik, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mereformasi sistem perolehan dan pemberian kontrak kerajaan, demi memastikan ia lebih berdaya saing dan menjana nilai yang terbaik untuk wang rakyat. Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar.”

"Adakah realiti ini yang rakyat terima? Janji tinggal janji. PPP 2.0? Pembohong. Penipu. Pemutar belit. Inilah DAP," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN SPRM didesak siasat, dedah butiran projek